Tuesday, 27 January 2015

Sesi Persekolahan 2015 : Catatan Pertama

Sesi Persekolahan 2015 : Catatan Pertama

Memulakan sekolah di tahun baru 2015 ini dengan penuh azam dan kesungguhan.

Ya, pastinya tahun yang terbaik memulakan di sekolah baru di hari pertama amat mengujakan. Sebenarnya saya berpindah ke sekolah kini sejak tahun lalu namun saya tidak sempat menghadiri hari pertama persekolahan tahun lalu ekoran menduduki peperiksaan.

Maka, segala rangka, strategi mula dirangka di dalam kepala bagi memulakan hari pertama dengan yang terbaik. Oh, niat ingin mengurangkan kegarangan dan ke'singa'an agar ilmu lebih mudah masuk ke hati anak-anak muridku. 

Minggu pertama, para guru berada di kelas masing-masing ekoran pengurusan kelas, buku teks dan lain-lain. Maka mulai minggu kedua sahajalah (minggu lalu) barulah saya memasuki kelas-kelas lain.

Cabaran terasa apabila seorang murid perempuan tahun 1 menangis dan enggan masuk kelas.
Argh... bagaimanakah cara memujuk. Saya yang keras, masih belum cukup bijak mengendalikan kes meraung sebegini.

Maka kelas pertama dengan murid ini saya tidak dapat mengajarnya ekoran dia enggan masuk kelas walau dipujuk guru-guru lain. Saya juga harus meneruskan kelas kerana murid-murid lain sudah ternanti-nanti. Hanya pada kelas kedua barulah beliau seperti hendak tidak hendak berada di dalam kelas.

Maka saya memulakan dengan "Teknik Angkat Tangan" iaitu memberikan 'self-esteem' dan keyakinan dan menarik minat. saya tanyakan :
1) Siapakah yang mandi pagi tadi?
2) Siapakah yang menggosok giginya?
3) Siapakah yang bersarapan pagi?

Jika semua di atas dibuat, ia adalah baik untuk kesihatan badan. Kita akan sihat dan mudah untuk belajar. Tidaklah sakit.Kemudian kelas diteruskan dengan memita murid mewarna di dalam buku latihan.Oleh kerana ia mudah dan latihan pertama maka saya memberi galakan dan memantau dari semasa ke semasa.Apabila siap, semua murid saya minta menghantar dan tunggu di tepi sambil saya berikan markah.

Saya puji dengan :
"Bagus kerja anda, cantik warna yang awak gunakan"
"Kemas, menarik dan warna yang terang / pekat, ustaz suka"
Saya berikan 3 bintang untuk hasil kerja mereka. (Teknik Markah Nabi memiliki 3 peringkat sahaja) Maka saya berikan markah penuh. Oh, murid yang menangis itu juga saya berikan 3 bintang walaupun dia agak akhir menghantarnya.


Semalam, pakciknya menuju saya dan mengatakan :
"Saya kena ucap terima kasih pada ustaz"
Anak buah saya kata : "Dia suka dengan ustaz, sebab 'saya' (murid) dapat 3 star.
"Ustaz tue hensem dan kacak"
"Saya (pakcik) kata, oh kita hantar ke sekolah untuk belajar, bukannya tengok cikgu hensem"

Saya hanya senyum. Salaman bertukar.

Yeah, moga lembut hatinya dan lembut hati semua muridku menerima ilmu.
Menjadi murid berguna dan soleh wa solehah.

Mohd Haidhir Md Yusof
28 Jan 2015

No comments:

Post a Comment