Tuesday, 15 January 2013

Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad : 3

Perkongsian : Lokasi : 2 Istiqomah (Masa:awal-akhir)

Sudah hampir 2 minggu kami para guru ditugaskan untuk kekal di dalam kelas masing-masing ekoran kekurangan guru. Ini merupakan perkara normal di sekolah agama kendalian jabatan agama negeri.
Ia merupakan satu peluang bagi saya untuk menetapkan minda (mind-setting) murid kelas saya dengan teknik nabi. Malah ia juga cabaran kerana guru yang sama untuk keseluruhan masa memerlukan teknik mengajar yang menarik juga bagi mengatasi rasa bosan murid.
Tugas Guru untuk "Mendidik, Mentarbiah,Mengajar perlu diajalankan sehabis mungkin" =)

Kebersihan Kelas vs Jadual Tugas Kebersihan

Makluman awal buat para pembaca, saya memang sebelum ini tidak pernah menyediakan jadual tugasan murid. (oh, saya diamkan saja bila ditanya kenapa oleh pentadbiran). Ini kerana pada hemah saya Jadual Tugas akan menyebabkan pelajar tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah dan mengabaikan kebersihan atas alasan pemikiran bahawa ada rakan yang bertugas. Malah lebih buruk lagi apabila jika pelajar yang namanya tersenarai tidak hadir, maka kelas akan berada dalam keadaan kotor tak terurus walhal ramai pelajar di dalam kelas namun masing-masing enggan menyumbang tenaga bakti.

Justeru itu ia atas kebimbangan di atas inilah saya fikir adalah amat tidak layak diterapkan di sekolah apatah lagi nilai kebersihan, kerjasama, tangungjawab, natijah perlu diterap sejak dari kecil. Bukan penerapan budaya "Kau Punya Kerja" atau mentaliti "Aku Upah Kau" yang hendak diasuh. Kadangkala inilah polemik nilai yang berlaku, di satu dimensi kita menerap nilai murni namun dari segi praktikaliti kita menerapkan nilai ke'AKU'an atau individualistik. 

Berbeza sebelum ini bahawa saya menekankan "self-discipline" iaitu tanggungjawab kebersihan adalah tanggungjawab semua.

Kini saya memilih untuk mempraktikan Teknik Nabi : 

  1. "Memuji kebaikkan di depan khalayak"   *Rujukan Hadith : Hadith Depan Khalayak VIP
  2. "Menawarkan Nasihat" menjadi pilihan   *Rujukan : Bahasa Komunikasi Persuasif Rasulullah

Mulai hari pertama lagi saya telah menawarkan nasihat :

"Nak tak ustaz bagitau cara bagaimana kita boleh mendapat pahala dan disukai oleh Allah selain membaca al-Quran?"
"Ya" jawab pelajar.
"Caranya ialah dengan menjaga kebersihan dengan memberus gigi (nasihat), menjaga kekemasan pakaian (nasihat) dan membersihkan kelas (nasihat). Kita akan sihat dan Allah pasti suka (impak). *Hadith kebersihan sebahagian dari iman dibacakan
"Jom..! kita kemas kelas" -murid. 
 

Saya melihat, membantu dan memberi ruang untuk mereka melaksanakan pembahagian kerja. Sesudah kerja pembersihan, memang saya lihat ada yang bersungguh dan ada yang tidak partisipasi. Maka saya amalkan *Teknik Menutup Mata Pada Kesalahan

 Hadith rujukan: '12 Malaikat'
Anas melaporkan, pada  suatu hari ada  seorang lelaki datang dan  dia   terus masuk barisan  orang-orang yang  sedang sembahyang, dengan   nafasnya  termengah-mengah  kerana  terkocoh-kocoh mengejar waktu   sembahyang,  sambil membaca   'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban   mubarakan fih.' Selepas   selesai sembahyang, Nabi Muhammad  bertanya,  “Siapakah  tadi yang   mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang  yang ada  diam sahaja,  tidak   seorang pun menjawab. Nabi Muhammad  bertanya  lagi, “Siapakah  tadi yang   mengucapkan kata-kata itu?  Sebenarnya dia  tidak mengucapkan  sesuatu  yang  berdosa.” Lalu seorang  lelaki  berkata, “Tadi saya datang  dengan   termengah-mengah, lalu saya   ucapkan kata-kata itu.” Kemudian,  Nabi   Muhammad berkata, “Sungguh,   saya nampak 12 orang malaikat  berebut-rebut   mengangkat kata-kata   itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan  Sahih  Muslim

Saya tidak memberi respon berikut : 
"Kenapa ada murid yang malas?" -Salah
"Kenapa awak tidak bekerjasama sedangkan orang lain bersungguh-sungguh" -Salah
"Kenapa kamu tidak menyapu sampah?" -Salah
  
Saya memilih untuk memberi respon berikut :
"Ustaz bangga dengan kerajinan kamu semua yang membersihkan kelas (usaha). Kelas kita sekarang bersih dan cantik (impak). Pasti Allah berikan pahala atas penat-lelah kamu semua (impak)"

"Mereka yang menyapu tadi, sila angkat tangan" -Tangan diangkat .

"Berikan tepukan kepada mereka"

"Mereka yang memegang penyodok atau menyusun meja, Sila angkat tangan"
-Tangan diangkat
"Berikan tepukan pada mereka."
 

Hasilnya, mulai awal minggu ini pelajar komplen kerana berebut-rebut hendak menyapu dan mengemas kelas. Heheheh =)

Saya juga teruskan pujian atas usaha mereka. Oleh kerana itu, semua cuba berebut dan mengambil peluang untuk menyapu sepanjang masa sekolah sebab tak nak ketinggalan. Ya, benar. Sepanjang masa sekolah ada saja yang menyapu walhal tiada sampah demi mengambil peluang.
Comel bukan?! hehehe.

Gambar murid saya yang berebut dan sibuk mengemas kelas :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=594200880595415&set=o.300333790012474&type=1&relevant_count=1&ref=nf 
 
Oh, tadi murid saya berkata : 
"Dulu masa ustaz mengajar kami darjah 1 garang. Sekarang tak pula"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
**Saya senyum jer.. Bersabar dan tidak melihat kesalahan adalah batu asas bagi saya mengamal teknik Nabi.

No comments:

Post a Comment