Tuesday, 27 January 2015

Sesi Persekolahan 2015 : Catatan Pertama

Sesi Persekolahan 2015 : Catatan Pertama

Memulakan sekolah di tahun baru 2015 ini dengan penuh azam dan kesungguhan.

Ya, pastinya tahun yang terbaik memulakan di sekolah baru di hari pertama amat mengujakan. Sebenarnya saya berpindah ke sekolah kini sejak tahun lalu namun saya tidak sempat menghadiri hari pertama persekolahan tahun lalu ekoran menduduki peperiksaan.

Maka, segala rangka, strategi mula dirangka di dalam kepala bagi memulakan hari pertama dengan yang terbaik. Oh, niat ingin mengurangkan kegarangan dan ke'singa'an agar ilmu lebih mudah masuk ke hati anak-anak muridku. 

Minggu pertama, para guru berada di kelas masing-masing ekoran pengurusan kelas, buku teks dan lain-lain. Maka mulai minggu kedua sahajalah (minggu lalu) barulah saya memasuki kelas-kelas lain.

Cabaran terasa apabila seorang murid perempuan tahun 1 menangis dan enggan masuk kelas.
Argh... bagaimanakah cara memujuk. Saya yang keras, masih belum cukup bijak mengendalikan kes meraung sebegini.

Maka kelas pertama dengan murid ini saya tidak dapat mengajarnya ekoran dia enggan masuk kelas walau dipujuk guru-guru lain. Saya juga harus meneruskan kelas kerana murid-murid lain sudah ternanti-nanti. Hanya pada kelas kedua barulah beliau seperti hendak tidak hendak berada di dalam kelas.

Maka saya memulakan dengan "Teknik Angkat Tangan" iaitu memberikan 'self-esteem' dan keyakinan dan menarik minat. saya tanyakan :
1) Siapakah yang mandi pagi tadi?
2) Siapakah yang menggosok giginya?
3) Siapakah yang bersarapan pagi?

Jika semua di atas dibuat, ia adalah baik untuk kesihatan badan. Kita akan sihat dan mudah untuk belajar. Tidaklah sakit.Kemudian kelas diteruskan dengan memita murid mewarna di dalam buku latihan.Oleh kerana ia mudah dan latihan pertama maka saya memberi galakan dan memantau dari semasa ke semasa.Apabila siap, semua murid saya minta menghantar dan tunggu di tepi sambil saya berikan markah.

Saya puji dengan :
"Bagus kerja anda, cantik warna yang awak gunakan"
"Kemas, menarik dan warna yang terang / pekat, ustaz suka"
Saya berikan 3 bintang untuk hasil kerja mereka. (Teknik Markah Nabi memiliki 3 peringkat sahaja) Maka saya berikan markah penuh. Oh, murid yang menangis itu juga saya berikan 3 bintang walaupun dia agak akhir menghantarnya.


Semalam, pakciknya menuju saya dan mengatakan :
"Saya kena ucap terima kasih pada ustaz"
Anak buah saya kata : "Dia suka dengan ustaz, sebab 'saya' (murid) dapat 3 star.
"Ustaz tue hensem dan kacak"
"Saya (pakcik) kata, oh kita hantar ke sekolah untuk belajar, bukannya tengok cikgu hensem"

Saya hanya senyum. Salaman bertukar.

Yeah, moga lembut hatinya dan lembut hati semua muridku menerima ilmu.
Menjadi murid berguna dan soleh wa solehah.

Mohd Haidhir Md Yusof
28 Jan 2015

Thursday, 14 March 2013

Poster 3 : Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi

Teknik Pujian : Memulakan Pujian dengan....


+ Antara skrip permulaan
+ Ucaplah pujian akan hasil kerja
+ Ucaplah kata-kata yang baik

Wednesday, 13 March 2013

Poster 2 : Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi

Poster 2 : Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi

 

Teknik Tutup Mata Pada Kesalahan

+ Jangan dilihat keSALAHan murid
+ Lihatlah dam pujilah keBAIKan murid
= Murid rasa selesa dan yakin akan kebolehan diri

*suka-suka buat poster, berkongsi =)

Sunday, 10 March 2013

Teknik Mendorong Gaya Nabi Muhammad : Teknik Markah

Teknik Mendorong Gaya Nabi Muhammad : Teknik Markah


Guru sudah pasti tidak lari dari tugasan memberi penilaian dan pemarkahan.
Penilaian, pencerapan, pemarkahan dibuat bagi mengukur prestasi dan darjah kefahaman.

Namun seringkali berlaku ialah, Sistem Pemarkahan ini menatijahkan hasil yang kurang elok pada sistem pendidikan dan pada kualiti didikan :
  1. Pendidikan / Sekolah menjadi terlalau berorientasikan pperiksaan (Exam-oriented)
  2. Pendidikan / Sekolah menghargai mereka berprestasi tinggi (High-Scorer)
  3. Pendidikan / Sekolah mengkesampingkan mengabaikan mereka berprestasi lemah (Under-achiver)
  4. Pendidikan / Sekolahsemakin membosankan ekoran terlalu banyak ujian, peperiksaan , penilaian

Masalah Sistem Pemarkahan : 0 markah - 100 markah 

Sistem pemarkahan normal berdasarkan gred :

  • A
  • B
  • C
  • D
  • E
  (kini ada pula gred A++ , A+ bagi menambahan lagi gred sedia ada... Hhehehe  =)

Sistem pemarkahan normal berdasarkan markah pula :

  • 0 markah
  • 1 markah
  • 2 markah
  • 3 markah
  • 4 markah
  • - - -
  • 40 markah
  • - - -
  • 50 markah
  • - - -
  • 60 markah
  • - - -
  • 70 markah
  • - - -
  • 80 markah
  • - - -
  • 90 markah
  • - - -
  • 100 markah
(punyalah banyak markah yang boleh diberikan dengan sistem pemarkahan. Julat yang luas...!)


Namun sistem penggredan di atas mahupun sistem pemarkahan di atas mungkin berjaya bagi mereka yang sentiasa bermotivasi, memiliki motivasi tinggi, semangat juang yang membara, berprestasi tinggi dalam akademik, genius, scorer, nerd , ulat buku namun tidak kepada PELAJAR COROT ...!

Tanggapan bahawa gred atau markah akan memberi semangat untuk si Corot mengejar dan meningkatkan prestasi ini seringkali jauh panggang dari api.

Ia sebaliknya membuatkan mereka semakin jauh merosot, semakin corot, tidak minat, berasa terlalu sukar lalu mengambil langkah mudah untuk mengelak mencari peluang lain yang lebih logik untuk dicapai (peperiksaan sukar maka mereka mengalih perhatian kepada seni / sukan) .

Itulah sebab didapati ramai murid corot memiliki skil sukan yang tinggi dalam olahraga mahupun olahdisiplin seperti acara melompat pagar sekolah, acara larian dikejar guru disiplin, acara bertahan dirotan serta lain-lain acara lain. Heheheheh.. Owh, saya terhimbau memori zaman persekolahan dulu =)




Teknik Markah Gaya Nabi Muhammad : Sistem Motivasi

Hadith rujukan: 'Markah untuk Salam'
Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” -- Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi


Maka aplikasi dan ekstrak mahupun pengajaran ialah :
  • Tiada Sistem Gred  atau Sistem Pemarkahan Normal (0-100markah)
  • Sistem yang mudah dan ringkas (10 , 20, 30 pahala)  / julatnya kecil (*-**-*** bintang)

Pada permulaan saya sedikit gelisah untuk mengaplikasikan teknik markah ini. Tim Penyelidik Hadith Psikologi menamakan hadith ini dengan Markah Salam atau Hadith Salam . Teknik ini mencabar norma dan teknik pengukuran dan penilaian dalam pendidikan yang dipeljari di Maktab, IPG mahupun Universiti.


Saya merasakan pada peringkat awal :
Ia agak pelik, tidak masuk akal, macam tidak logik!
Ia bercanggah sama sekali dengan sistem sedia ada yang sudah lama diamalkan!

Apakah rasional di sebalik aplikasi hadith ini dalam penilaian pendidikan?
Mungkinkah ia menyebabkan prestasi semakin merudum / merosot ekoran tiada persaingan?
Bagaimana jika murid semakin malas berusaha mengejar terbaik (excellent) ?


 

Eksperimen di dalam kelas saya dengan Teknik Markah Gaya Nabi

Saya berfikir secara analitis dan kritis dan kerana itulah teknik markah gaya nabi muhammad ini merupakan antara teknik yang akhir saya amalkan. (serius, sebab saya pada awal agak skeptikal). Cetusan dan bisikan jahat saya abaikan dan saya mencuba teknik ini dalam kelas. Beramal dengan Teknik Nabi hasil analisis hadith lebih logik berbanding beramal dengan teknik normal yang saya dan jutaan guru pun tidak mengetahui asal-usulnya.

Oleh kerana saya dulu pengamal tegar teknik normal dan saya seorang yang jujur. Ya, saya jujur.
Maka saya akan berikan markah sejujurnya dengan sistem lama (sistem gred , sistem markah). Saya menggunakan julat luas yang disediakan semaksimanya. Maka adalah yang dapat 10% , 31% , 58.5%, dan 99%. Owh 100% seringkali dikatakan markah yang mustahil dicapai oleh murid, bukankah begitu?! Hhehehe.

Namun aplikasi saya dengan menggunakan Teknik Markah Gaya Nabi Muhammad : 
  • 10 markah     atau  1 Bintang
  • 20 markah    atau   2 Bintang
  • 30 markah    atau   3 Bintang 


Saya dapati di dalam kelas apabila saya menggunakan teknik ini, didapati murid :
Semakin bersemangat dan bermotivasi
Julat yang kecil menjadikan mereka hanya sedikit berbeza : semakin berusaha mengejar
Tiada Sindrom Pengunduran : iaitu murid lemah menarik diri atau enggan belajar / berusaha
Purata Markah Kelas Yang Tinggi : ekoran julat kecil, motivasi mereka tinggi, maka mereka berusaha dan terus berusaha mengejar rakan mereka yang cemerlang menyebabkan semua dan sekelas berada di prestasi di atas normal= baik dan menuju kepada cemerlang.


Nanti saya sambung coretan tentang Teknik Markah Nabi ini.
Hehehee... sehingga berjumpa lagi di lain posting / artikel.
"Senyum Sokmo"

Friday, 22 February 2013

Teknik Melantik Penolong Guru

Teknik Melantik Pembantu Guru bagi Pengajaran Berkesan


Jumlah pelajar yang ramai atau padat di dalam kelas kadangkala menghambat keberkesanan guru dalam penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Kenyataan ini lebih mencabar apabila mengendalikan Kelas corot atau Lemah dimana amat sukar guru memastikan mesej dan pemahaman murid merata ke seluruh murid. Pemahaman yang berbeza, pencapaian yang tidak seimbang menyaksikan wujud jurang di mana hasilnya :
Murid Corot di dalam Kelas Corot
Kelas Sesi Petang : 4 Iltizam

Inilah yang paling kronik dan kritikal. Pelajar ini merupakan golongan yang dipinggir dan dianggap tidak wujud di dalam kelas lantaran tahap kebolehterimaan yang rendah dan perlahan. Namun setiap cabaran ada solusi jawapan penyelesaiannya. 




Ya, teknik "Pembantu Guru" boleh diaplikasikan dalam hal ini bagi :


 
  • Meningkatkan Penguasaan "Murid Corot di dalam Kelas Corot"
  • Meningkatkan self-esteem / motivasi "Murid Pandai di dalam Kelas Corot"
  • Meningkatkan Gred Pencapaian Purata (GPA) kelas 
  • Memudahkan kerja guru agar guru boleh memfokuskan usaha pengajaran berkesan (Hehehehe... =)

Hadith rujukan: 'Pembela Nabi'
Sahabat  Nabi Muhammad yang bernama Jabir bin Abdillah melaporkan  bahawa pada hari berlakunya Perang Khandaq, Nabi Muhammad telah  mengumumkan panggilan perang, lalu Zubair bin Awam menyahut panggilan  perang itu. Selepas itu, sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan  perang, lalu sekali lagi Zubair bin Awam menyahut panggilan itu.  Kemudian, sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan perang, lalu  sekali lagi Zubair bin Awam menyahut panggilan itu.

Lalu Nabi Muhammad   berkata,
Sesungguhnya, tiap-tiap nabi mempunyai pembela, dan pembela  saya adalah Zubair.”
*Hadith nombor 1643 dalam kitab Ringkasan Sohih Muslim (Tim Hadith Psikologi)

 ----------------------------------------------------------------------------------

Ekstrak atau pengajaran yang diambil dari Hadith di atas ialah guru boleh dan digalakkan melantik individu-individu di dalam kelas bagi membantu tugasan P&P dan tugasan lain , malah ia memberi kesan psikologi si penerima jawatan sehingga ia berasa seronok dan dihargai di mata guru.


Ya, murid kelas corot sangat jarang dihargai oleh guru dan tidak dipandang langsung dari kaca mata sekolah dan ibubapa (kadangkala / seringkali).

Oh, saya yang baru belajar untuk mengaplikasikan Teknik Mendorong Pelajar Kelas Corot Gaya Nabi Muhammad hasil analisis Tim Hadith Psikologi,PTS adalah amat sukar untuk saya sendiri laksanakan kerana:
  1. Saya selaku guru amat sukar menyerahkan amanah pada murid kerana psikologi peribadi saya yang ingin membuat semua kerja sendiri
  2. Saya selaku guru seringkali meletakkan prestasi yang ideal (saya seorang perfectionist) yang sukar dicapai dan menganggap bahawa semua orang boleh mencapai sesuatu di luar jangkauan
  3. Saya selaku guru risau akan reaksi dan penolakan murid akan tangungjawab dan peranan yang akan diberikan pada mereka (rejection)
Namun, saya tekad untuk melihat pulangan hasil teknik ini dalam P&P saya.
"Hmmm..  apakah hasilnya?"
"Adakah prestasi murid akan meningkat?"
"Adakah sangakaan saya bahawa murid menolak jawatan sesuatu yang berasas?"
"Adakah P&P akan berjalan dengan baik?"
"Adakah murid yang diberi peranan akan semakin meningkat prestasinya?"

Maka oleh kerana saya selaku Guru Kelas bagi 2 Istiqomah (sesi Pagi) dan 4 Iltizam (sesi Petang) -sudah menjadi tangungjawab kami selaku guru kelas untuk memastikan murid-murid berjaya menghafaz suarh-surah tertentu pada durasi masa tertentu. Maka amat sukar memastikan keseluruhan murid berjaya menghafaz dan menyemak bacaan mereka seorang demi seorang lantaran kekangan masa. Perkongsian oleh Trainer Puan Khairulaniza Khairuddin dan Ustazah Siti Khadijah sudah lama saya perhati dan cuba fahami konsep dan tujuan.

Maka saya melantik beberapa orang yang baik dan bagus kadar kecepatan penguasaan hafazan untuk membantu saya..! "Penolong Guru Hafazan" .

Beberapa orang diberikan peranan dan ahli untuk dipantau dan dibimbing oleh murid itu sendiri kepada rakan sekelas sendiri. "Murid tolong murid"

Hasilnya, tidak mengecewakan malah prestasi purata hafazan keseluruhan kelas semakin meningkat.
Penolong Guru Hafazan sedang MENOLONG rakan sekelas bagi menghafaz surah.                                                                             (Membaca: Daniel, Penolong Guru:Hakimi, Pemerhati:Haziq)




 Oh, sangkaan bahawa murid menolak tangungjawab adalah meleset sama sekali.
Rupanya, memang fitrah manusia untuk suka akan menolong, maka apabila rakan sekelas jauh ketinggalan -- rakan sekelas lain sudi membantu agar sama-sama berjaya..!

Daniel semakin cepat mengejar hafazan
Hakimi semakin bertambah baik dan bagus hafazan serta setia menolong rakan sekelas.
Haziq yang sedikit culas menghafaz juga terdorong sama apabila melihat rakan berjaya.
Saya tersenyum gembira dan memuji usaha mereka dengan memberikan markah 1/2/3 bintang untuk prestasi mereka.

Alangkah indahnya hidup ini,
Jika kita saling bantu membantu
Penolong Guru di kelas corot ini
Menghafaz surah maju dan maju
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
*Perkongsian kisah adalah bagi memberi idea dan peluang bagi pendidik/ibubapa di luar sana akan keberkesanan Teknik Mendorong Gaya Nabi Muhammad.
22/02/2013 @Setapak

Friday, 8 February 2013

Kreatif : Impak Pujian Pada Kreativiti

Kreatif : Impak Pujian dalam Kreativiti

Salam sejahtera semua,

Tulisan kali ini adalah respon atau manisfestasi dari perkongsian sifu Puan Khairulaniza mengenai "Menaikkan self-esteem anak dengan Teknik Memuji Gaya Nabi Muhammad". Buat pengetahuan semua, Puan Khairulaniza adalah pengamal dan jurulatih / trainer bagi modul "Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad" oleh PTS. Seorang guru juga ibu yang prihatin pada anak-anaknya.

Buku hasil ujikaji guru-guru ini boleh dirujuk pada buku di atas. Pautan (link) bolehlah ke : Buku Fizikal “Mendorong Pelajar Corot Teknik Nabi Muhammad"  . Para pembaca blog sudah maklum bahawa saya juga sedang cuba belajar dan mengamalkan teknik ini dalam kehidupan seharian selaku guru di sebuah sekolah rendah agama di ibukota.

Penulisan ini adalah bagi membicarakan "Kreativiti"

Kreatif atau kreativiti adalah menghasilkan idea-idea baru. Inovasi pula mengolah idea-idea sedia ada ke bentuk baru. Malah ia merupakan suatu yang dilaung-laung malah dijadikan antara dasar pendidikan negara sejak sekian lama. Namun ia tidak pula dapat direalisasikan dengan baik. Malah betapa besarnya ia sehingga dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak bahawa tahun baru 2010 -"Tahun Kreativiti dan Inovasi"

Kemampuan berfikiran kreatif seringkali dikaitkan dengan pemikiran di luar kotak "thinking outside the box" . Saya juga pernah mentelaah beberapa buku falsafah pendidikan yang agak berat. Hehehe.. Sinopsis rumusan buku-buku berkenaan ialah :
"Jika anda ingin anak anda kreatif, jangan hantar mereka ke sekolah. Sekolah memBUNUH kreativiti anak-anak anda"

 Kenyataan yang kasar dan keterlaluan mungkin. Namun mungkin ada benarnya. Dahulu kanak-kanak menggunakan imaginasi bagi bermain. Tiada permainan yang dibeli menghasilkan kanak-kanak dahulu menggunakan sumber alam bagi bermain.
Daun-daun dan kertas dijadikan permainan masak-masak atau pondok-pondok
Ranting pokok dijadikan senapang untuk main askar-askar,
Tanah liat dibentuk menjadi patung miniatur

Namun bila kanak-kanak yang serupa mula memasuki alam persekolahan sesuatu yang pelik berlaku. Kreativiti mereka terhenti. Mereka dilarang bereksplorasi atau bereksperimen. Idea baru dan pelik seakan  suatu dosa. Jawapan yang standard mula ditetapkan. Ya, semua mesti ikut skema jawapan. Jawapan yang lain tidak akan dilayan. Pihak tertentu menamakan ia sebagai proses "Penyeragaman pemikiran" . 

Maka bagaimanakah caranya bagi kita memastikan anak-anak terus dengan kreativiti dan imaginasi?! Bagaimanakah cara bagi memastikan kreativiti anak-anak terus berkembang subur?!%$#
  •  Teknik Pujian Gaya Nabi Muhammad merupakan satu solusi jawapan yang menarik.

  • Teknik Menutup Mata Pada Kesalahan sebaliknya Memuji Kebaikkan 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sokongan dan dorongan, pujian menggalakkan eksplorasi dan eksperimen. Saya yakin sistem pendidikan juga perlu menyediakan medium yang subur bagi kanak-kanak mengembangkan bakat.Kita mahukan manusia yang unik bukan robot yang seragam.
Teringat suatu ketika dulu, ada seorang murid tahun 1 melukis gambar gajah atas arahan saya. Kanak-kanak itu menghasilkan gajah yang terlalu unik iaitu berbeza. Sangat-sangat berbeza. Seluruh kelas melukis gambar gajah yang serupa seperti yang ada dalam minda kita semua. "Gajah yang berwarna kelabu dan memakan tebu". (Entah kenapa gajah makan tebu?! Saya pun tak pasti. Namun ia adalah gambaran majoriti di minda separa sedar) 
Cuma seorang kanak-kanak saja melukis gambar yang sangat pelik. Saya ulang SANGAT PELIK. 
Malah mungkin jika ditunjukkan lukisan berkenaan pasti ramai yang gagal meneka bahawa ia gambar gajah. Ia adalah lukisan "Cubist" atau "Cubisme" sepertimana lukisan popular tokoh Picasso.Saya meminati lukisan maka saya ada sedikit maklumat ini.
Lukisan cubist adalah lukisan berbetuk poligon sebagai asas. Ia memang pelik.
Oleh kerana saya tidak mempunyai gambar lukisan itu, memadailah gambar yang hampir serupa saya kongsikan bagi mewakili lukisan murid berkenaan. Berikut adalah lukisan yang hampir serupa :
Memula rasa nak komen :
"Kenapa gajah awak pelik" (SALAH)
"Gajah awak tak macam gajah lain pun?" (SALAH)
"Eh, awak tak pernah tengok gambar gajah ker?"(SALAH)
"Semua orang lukis hampir serupa, apa hal awak punya pelik bebenor?"  (SALAH)
                                
Lantas saya diam, terfikir.
------------------------------------------
Komen negatif di atas adalah punca kreativiti musnah / pupus.

Lalu saya komen
"Cantik, ustaz suka lukisan awak yang unik. Ustaz bagi markah istimewa untuk itu"
Saya berikan dia A+++ (markah bonus) sebagai penghargaan.   
Itulah markah tertinggi yang saya berikan di dalam kelas berkenaan.
*Gambar dari Blog / FB Puan Khairulaniza . Terima kasih.
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maka apabila saya terbaca perkongsian oleh Puan Khairulaniza, saya teringat kisah ini. Heheheh
Inilah impak pujian dalam Kreativiti.

**Anak murid saya menggunakan pelbagai warna termasuk warna PINK bagi gajah berkenaan. Saya masih ingat hingga ke hari ini. =)

Sunday, 3 February 2013

Poster 1 : Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad : Ringkasan

Poster : Mendorong Pelajar Gaya Nabi Muhammad

Berikut ialah hasil ringkasan berdasarkan pemahaman saya mengenai Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad. Harap perkongsian ini memberikan pemahaman jua buat para pembaca.


Umumnya dua pendekatan :
  1. Pendekatan Gaya Nabi Muhammad oleh kajian Tim Hadith Psikologi
  2. Pendekatan Tradisi iaitu pendekatan lazim di yang diamalkan di sekolah(Teori Pavlov, Skinner dll)


Poster ini menerangkan bahawa perbezaan perspektif adalah asas bagi mengubah teknik tradisi yang sehingga ini  kurang berjaya mendidik pelajar corot samada dengan marah, hukuman, sindiran, putus harapan berbanding teknik Nabi yang memuji, melihat kebaikan dan meletakkan harapan dan doa buat semua.

Selamat berkongsi :


Mohd Haidhir Md Yusof
3 Februari 2013 : 8.10pm @Setapak